Selamat berpuasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sempena kedatangan Ramadan ini, saya ingin ucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan. Semoga Ramadan kali ini menjanjikan sesuatu yang lebih bermakna berbanding tahun sebelumnya. InsyaALLAH.

Sekian terima kasih

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Filed under: Umum E-mel artikel ini E-mel artikel ini

Sahabat baik atau baik bersahabat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, saya baru sahaja selamat pulang ke Semenanjung selepas bercuti selama empat hari ke Sabah. Percutian menarik dan tidak kurang juga menyedihkan kerana ia merupakan antara destinasi yang paling banyak mengempiskan poket saya!

Selamat sudah beberapa para tentang percutian di Sabah. InsyaALLAH akan saya utarakan dengan lebih lanjut pada siri entri akan datang. Ini memandangkan saya memerlukan masa untuk memuat naik beberapa rakaman menarik (menarik ke?) untuk dikongsikan bersama. Berapa lama? Kiralah dengan jari.. :D

Sebelum bercuti, saya bercadang meninggalkan beberapa kisah di sini. Ini berlandaskan hasrat hati untuk melampiaskan kegusaran yang mengganggu sebelum saya melangkah ke dunia baru. Masih lagi dengan alasan kuno.. saya tidak berkesempatan. Bagaimanapun cebisan kisah itu sudah saya sampaikan sedikit kepada teman ’serapat’ mungkin di pejabat. Lega rasanya. Baca lagi…

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Filed under: Umum E-mel artikel ini E-mel artikel ini

Spontan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Teramat lama saya tidak menulis di sini. Masa dan kesibukan tidak lagi releven dijadikan alasan andai minat serta kesungguhan itu wujud dalam diri. Ya. Saya salahkan diri sendiri dalam soal ini. Bayangkan ya, hampir setengah tahun saya membiarkan laman ini kosong tanpa diisi dengan apa-apa. Ampun maaf pada rakan-rakan yang masih setia mengunjungi meskipun tanpa secoret khabar dari saya yang agak kedinginan jemari mengetuk papan kekunci.

Cerita kali ini lebih kepada soal peribadi. Saya utarakan mengenai tindakan spontan yang adakalanya dibuat dan hasilnya cukup memuaskan berbanding perancangan selama berbulan-bulan. Sekali lagi, maaf.. tiada paparan isu politik di sini. Meskipun berkecimpung dalam dunia akhbar, saya masih tidak berminat untuk berbicara soal itu. Namun, itu bukan bermakna saya benci dengan tugasan yang diamanahkan. Kecintaan pada berita terutamanya akhbar Sinar Harian semakin mendalam. Hmm.. sempat lagi iklan akhbar sendiri. Baca lagi…

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Filed under: Diari Hidup, Umum E-mel artikel ini E-mel artikel ini

Teman

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minggu lalu Kak Sri ada menegur saya melalui ‘toyol’ . Toyol yang dimaksudkan bukanlah makhluk halus yang dikhabarkan kecil dan hijau warnanya. Toyol dalam istilah anak syarikat Karangkraf adalah sejenis perisian seperti yahoo messenger yang boleh digunakan untuk berbual.

Kak Sri menegur saya kerana telah terlalu lama saya tidak memperbaharui entri saya di blog ini. Katanya, saya kini wajar memahami keadaannya yang juga selalu terlambat memperbaharui tulisan di blog selepas terlibat secara langsung dalam dunia penerbitan.

Ha! Kan dah terkena!

Cerita pertama yang ingin saya coretkan di sini adalah berkenaan teman sepejabat. Jumlah orang yang bekerja di bahagian editorial Selangor hanyalah 11 orang. Selepas hari raya korban yang lalu, jumlahnya berkurangan menjadi 10 orang kerana seorang daripada sub-editor yang senior dalam dunia penerbitan mengundurkan diri. Jauh encik Yusri merantau sehingga ke Kuantan, Pahang. Kemudian, apabila saya kembali ke pejabat selepas bercuti di Temerloh selama empat hari, saya sekali lagi dikejutkan dengan berita rakan baik saya, Fir yang akan melebarkan sayapnya di dunia perguruan.

Baru-baru ini, seorang lagi staf yang paling muda, Diana meninggalkan kerusinya untuk diduduki saya kerana diarahkan menyandang jawatan skuad cakna di cawangan Tanah Merah, Kelantan.

Tidak lama lagi, tinggallah lapan orang termasuk ketua (encik Sani) di jabatan editorial Selangor. Sedih.. memang sedih. Sedih kerana kerja makin bertambah tetapi yang paling sedih apabila terpaksa melalui musim perpisahan.

Saya tidak menyangka perasaan sedih ini begitu menular dan mengusik hati saya. Jika dihitung, persahabatan saya dengan mereka hanyalah sekitar dua bulan sahaja tetapi barangkali kerana kami sering berkongsi ketawa dan rungutan bersama membuatkan jalinan itu terlalu rapat. Saya sering mengalami perpisahan dengan sahabat yang begini dan akhirnya perhubungan itu berakhir serta terus menghilang. Mungkin, itulah yang membuatkan perpisahan itu amat perit untuk ditelan.

Fir dan Diana lah bunga yang dipuja di dalam jabatan itu kerana hadirnya saya di situ sekadar sekuntum bunga kembang yang sudah dipetik orang! Dalam suasana menghitung hari, tinggallah saya menjadi bunga yang tidak selera untuk dipandang! Saya yakin, ada orang begitu mengharapkan kehadiran bunga lain yang indah dan berseri serta mampu diusik dengan kata-kata manis jejaka perasan! Ah! Lantaklah.. kisah dia yang satu itu tidak menarik langsung untuk dicoretkan di sini..

Fir dan Diana sering menumpang kereta saya apabila pulang dari kerja. Ketika saya mula bekerja di sini, saya begitu ‘lemau’ dalam hal-hal berkaitan lot memakir. Jadi, saya meletakkan kereta di ruangan kereta syarikat. Malam itu entah apa silapnya, sistem menghadapi masalah dan membuatkan kami kelam-kabut serta pulang sangat lewat daripada biasa.

Apabila ke tempat memakir, alangkah terkejutnya kami bila melihat kereta kesayangan saya dihadang oleh beberapa kereta kancil milik syarikat. Kami berkira-kira sendiri dan akhirnya cuba menolak kereta dalam keadaan gelap. Nasib baik kereta tersebut tidak ditarik brek tangannya. Dapat juga kami pulang pada awal pagi itu! Kelakar sungguh kenangan itu.. dua orang anak gadis yang masih muda, anggun dan bergaya terpaksa menolak kereta dalam kelam malam yang dingin dengan angin berpuput lembut!

Janganlah parkir kereta di kalangan kereta kancil! Haha..

Cerita kedua, tentang sikap manusia secara umumnya. Maaf, maaf dan maaf andai ada yang terguris hati ketika membaca nukilan ini. Sebenarnya, kerja di dunia penerbitan akhbar memang menguji kesabaran. Kesabaran dalam banyak perkara.

Ya! Setiap dunia ada ceritanya. Dalam cerita ada waktu kita ketawa, marah dan menangis. Dalam kebanyakan waktu, rungutan yang diulang dengar berkali-kali membuatkan kita sakit kepala. Apa salahnya redha dengan apa yang berlaku. Orang yang mendengar juga mengalami masalah serupa tetapi tidaklah semua yang mendengar itu ingin menambahkan beban anda dengan meluahkan kekecewaan yang sama. Lupakanlah.. lupakanlah! Tidakkah anda penat merungut soal perkara yang sama? Lepaskan diri anda daripada kongkongan kehidupan yang membosankan.. ciptakan satu inspirasi agar hari itu amat menceriakan.

Jika tidak, semua kawan akan lari meninggalkan anda meskipun bibir anda baru terbuka hanya untuk senyum dan bukan untuk mengomel!

Sekian, terima kasih.

 

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Filed under: kemelut, Diari Hidup E-mel artikel ini E-mel artikel ini

Motivasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sejak akhir-akhir ini, saya dapati dunia motivasi semakin berkembang pesat. Tidak kira sama ada di media cetak atau media elektronik, wajah-wajah yang menghiasi ruangan motivasi tidak lagi boleh dikira dengan jari.

Positifnya, dunia kini tidak lagi boleh memberikan alasan tidak boleh berbuat kebaikan, kerana begitu ramai insan yang boleh membantu kita.

Apa yang saya kesalkan, kenapa ada antara pakar motivasi ini yang menjelekkan saya? Ada seorang pakar motivasi, begitu bersungguh-sungguh bercerita tentang kehandalan dirinya mengatasi setiap pertandingan yang disertainya. Ini termasuklah pertandingan badminton, bola sepak, ping-pong dan entah apa lagi! Lawan-lawannya di dalam pertandingan itu semuanya hebat-hebat belaka dan menjadi wakil daerah ataupun negeri.

Dalam hari yang berlainan pula, saya membaca buku pakar motivasi yang seorang lagi. Apa yang memenatkan saya, di dalam bukunya tidak sudah-sudah bercerita tentang kehebatannya dalam beberapa hal. Ini termasuk beberapa kali dia dipanggil oleh syarikat polan dan si polan untuk mengendalikan segmen motivasi tetapi terpaksa ditolak kerana hal-hal yang begini. Jika sekali disebut, mungkin boleh diterima akal yang waras, namun, jika ayat-ayat seumpama ini diulang cetak pastinya menimbulkan kejengkelan di hati pembaca.

Teringat saya pada sebuah buku karya Dale Carnegie yang ada menyatakan, ‘manusia suka bercerita tentang dirinya kerana apa yang penting di dalam dunia hanyalah berkenaan dirinya sahaja’.

Saya faham dan saya tahu.. namun, sebagai pakar motivasi, sewajarnya mereka lebih arif untuk menyenangkan hati pembaca kerana pembaca perlu MEMBELI buku itu. Dan pembaca membeli buku itu bukan untuk MENDENGAR kisah terbaik anda yang boleh menampakkan diri anda RIAK secara tidak langsung!

Nieys Zahri: Saya lebih suka Dr. Fazilah Kamsah. Perkara yang baik selalunya dikiaskan sebagai ‘cerita dari seorang rakan’.

Sekian, terima kasih.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Filed under: kemelut, Penulisan, Buku, Umum E-mel artikel ini E-mel artikel ini

domain

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rupanya sudah setahun usia Jurnal Nieys Zahri ini, namun jumlah entrinya mungkin hanya sekitar 50 sahaja.

Ada orang pernah mengatakan, blog ini kurang pengunjung tetapi tuan punya sanggup beli domain sendiri. Sesuatu harus dilakukan.

Saya tahu, dalam dunia ini kita harus memilih yang terbaik. Justeru, untuk mengelakkan sakit hati, sewajarnya saya mengambil ayat yang kedua itu.

Bagi saya, kurang atau tidak pengunjung, kenapa sanggup bayar domain untuk laman web yang sesepi ini.. masalahnya apa kena mengena dengan penulis komen yang bersandarkan pada nama samaran itu?

Haruskah saya menjelaskan kepadanya yang suatu masa dahulu laman web ini juga meriah dengan kunjungan kenalan maya? Semuanya berlaku kerana beberapa sebab termasuk kekerapan saya menulis entri dan kerajinan saya berkunjung ke laman web mereka. Jadi, sesekali saya tidak menyalahkan sesiapa atas sebab laman web yang sepi ini. Soal bayar atau tidak kenapa perlu dibangkitkan? Adakah saudara yang menumpang nama samaran itu memerlukan penajaan saya untuk laman web anda yang popular itu?

Ha.. kan dah dapat satu entri!

Sekian, terima kasih.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Filed under: kemelut, Diari Hidup E-mel artikel ini E-mel artikel ini

MC

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jumaat yang lepas saya mengalami masalah pendarahan (bleeding) yang agak teruk. Sebenarnya ia sudah berlarutan selama beberapa minggu tetapi hari Jumaat itulah yang paling kritikal. Suami meminta saya datang ke Shah Alam dan kami sama-sama ke Darul Ehsan Medical Centre di Seksyen 9.

Saya resah. Apatah lagi baru dua minggu saya bekerja di Karangkraf. Rasa tidak selesa andai saya masuk kerja lewat ataupun terpaksa mc. Ya.. akhirnya saya mc juga selama dua hari. Dan hari Ahad saya dijadualkan cuti. Maka dengan rasminya saya tidak bekerja selama tiga hari! Satu tempoh yang lama bagi sub-editor!

Kepala saya fikir macam-macam. Doktor menyuruh saya buat ujian hemoglobin. Saya ke makmal dan tidak pandang pun jururawat yang ambil contoh darah saya! Suami saya di luar tempat menunggu buat-buat tak nampak saya yang terkebil-kebil memandangnya. Alhamdulillah ujian itu berjaya saya lepasi tanpa sebarang masalah.

Selepas bertemu doktor dan berbincang, saya diberikan dua jenis ubat. Satu ubat itu harus saya telan setiap hari selama tiga minggu. Doktor memberitahu, mungkin akibat tekanan kerja membuatkan saya mengalami masalah ini. Saya akur. Orang kata, kerja begini perlukan kekuatan fizikal dan mental. Saya kata saya suka dengan kerja yang saya buat meskipun adalah sedikit-sebanyak tertekan. Saya rasa mental saya sedia menerima tekanan tetapi rupanya kekuatan mental saya tidak dapat mempengaruhi kekuatan fizikal saya.

Nieys Zahri: Lemahnya manusia…

Sekian, terima kasih.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Filed under: kemelut, Diari Hidup E-mel artikel ini E-mel artikel ini

Pertama yang gembira

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rasanya hari ini cukup seminggu saya di Jabatan Editorial Sinar Harian (Edisi Selangor). Hari ini cuti lagi sebagai menggantikan cuti Deepavali pada esok hari. Isnin yang lepas saya meng-off-kan diri secara rasminya.

Buat masa ini saya belum dianugerahkan PC dan meja sendiri. Namun, saya telah diberikan kata laluan yang membolehkan saya melakukan kerja-kerja seharian. Maka, merempatlah saya di meja-meja sub-editor yang dijadualkan cuti pada hari tersebut.

Setakat ini, kerja saya bermula pada pukul 2.00 petang sehinggalah 11.30 malam. Selalu juga lebih lewat daripada itu. Kerja pertama yang saya lakukan adalah penterjemahan berita dari luar negara  untuk dimuatkan dalam ruangan berita.

“Arghhh.. macam tak percaya je!” Itulah kata-kata saya sebaik mengetahui tugasan itu menjadi agenda pertama saya di sana. Seingat saya, itulah antara kerja yang saya takuti. Ketua saya, abang Sani tersenyum semacam pada saya. Barangkali dia tahu benar saya ragu-ragu atau dengan erti kata lain cuak dengan perkhabaran itu.

Ketika sedang melakukan penterjemahan di depan PC, abang Sani melintasi meja saya sambil berkata, “OK ke? Tak apa.. esok tak kena buat translation lagi.”

Saya membalas, “OK je. Saja je buat drama tadi..”

Haru-haru… Sekejap buka kamus, sekejap buka karyanet, sekejap sms orang. Dan selalunya agak-agak sendiri sahaja perkataan yang saya kurang fahami berpandukan cerita yang tertulis. Alhamdulillah, rasanya semuanya OK. Esoknya saya tersenyum membaca berita yang saya terjemahkan. Rasa terharu bercampur bangga. Meskipun tidak tertulis nama di situ namun saya rasa gembira sangat. Barangkali kerana saya rasa puas dengan kerja saya. Saya mengaku sejujurnya. Selama saya pernah bekerja makan gaji, inilah kali pertama saya merasa begitu seronok ketika bekerja kerana tugas yang saya lakukan. Selama ini, kegembiraan saya ketika bekerja hanyalah disebabkan hari mendapat gaji ataupun mungkin kerana kawan-kawan.

Aduhai, baru buat kerja editing. Belum lagi menulis. Kalaulah novel saya yang entah abad yang keberapa itu terbit, agaknya saya menadah air mata dengan baldi. Iyalah, terharu yang teramat sangatlah katakan. Ah.. bilalah agaknya masa itu tiba ya? Manuskrip saya belum juga siap-siap.

Sekian, Terima Kasih.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Filed under: Diari Hidup E-mel artikel ini E-mel artikel ini

Pilih

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar ya semuanya? Saya harap kalian sihat-sihat sahaja terutamanya selepas pulang dari memeriahkan sambutan Aidilfitri. Agak-agaknya ada tak yang sakit perut selepas makan berbatang-batang lemang? :)

Lagi beberapa hari sahaja lagi, insyaALLAH saya akan memulakan kerjaya baru saya di Karangkraf. Berdebar-debar pun ada. Saya teringat ketika saya pulang berhari raya di kampung saya di Temerloh, ramai yang tidak percaya bila saya memberitahu bahawa saya akan mula bekerja pada bulan hadapan. Mereka sangkakan saya hanya bergurau dan mempermainkan mereka yang rata-ratanya pakcik dan makcik saya. Kebanyakan mereka juga tidak menyangka bahawa saya sudah 4 tahun tidak bekerja tetap. Maksud saya, kerja yang perlu ke slot kedatangan. Baca lagi…

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Filed under: kemelut, Diari Hidup E-mel artikel ini E-mel artikel ini

Pintu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Buat pengetahuan semua, saya sekarang ini seringkali melayari internet menggunakan wireless celcom, iaitu menjadikan HP suami saya sebagai modem. Kosnya adalah sekitar RM8 sehari dan servisnya teramatlah perlahan berbanding ketika menggunakan streamyx dahulu.

Sejak minggu lepas, kesihatan saya agak merosot. Pada petang Isnin saya dilanda demam yang agak kuat secara tiba-tiba namun mujurlah saya masih mampu meneruskan puasa. Tubuh saya menggigil kesejukan walaupun suhu badan agak tinggi. Selepas berbuka puasa, suami terus menghantar saya ke klinik di Taman Mas Sepang dan menunggu selang beberapa minit kerana doktornya keluar minum.

Baca lagi…

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Filed under: Diari Hidup E-mel artikel ini E-mel artikel ini